Shaklee Business Online Terbaik di Malaysia.

Mela mula terjebak dengan bisnes online ini waktu umur 21 tahun. Waktu ini Mela masih bujang dan sedang bekerja part time di sebuah hotel 5 bintang. Mela mula menjual online sebab tertarik dengan peluang yang kawan tawarkan namun tanpa Mela sedar waktu itu Mela telah menghabiskan modal lebih seribu ringgit tanpa hasil. 

Pengalaman rugi sekali dalam bisnes bukan sesuatu yang mampu menghalang minat Mela untuk tidak buat bisness lain. Jadi Mela pun mencari lagi bisnes lain dan Mela jumpalah bisness online baru iaitu menjual emas, menjual barang keperluan budak, menjual teluar masin, menjual kasut dan banyak lagi. Kalau Mela tidak silap macam lebih dari 10 jenis business online Mela pernah ceburi. 

Akhirnya pada hujung tahun 2015 dan waktu ini Mela sudah berkhawin. Mela tercari-cari produk bagus untuk kesihatan kulit sebab Mela ada kulit sensitif yang teruk sampai timbul banyak gatal-gatal dan merah dibahagian kulit. Bukan itu saja tapi ada beberapa luka kecil yang gatal dan Mela garu mula nampak berparut. Ini sangat merisaukan Mela dan bila Mela mula mencari produk sesuai sinilah Mela jumpa Herbal Blend Cream Shaklee. 

  • Melegakan kulit yang kering, mengelupas dan kasar.
  • Melembutkan kulit kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki.
  • Formula tidak berminyak yang menjadikan kulit lembut dan segar.

Formula menthol yang menyejukkan diperkaya dengan ekstrak semula jadi termasuk rosemary, kamomil, minyak jagung dan salvia membantu untuk melegakan kulit.

Herbal blend cream adalah produk Shaklee pertama yang Mela cuba. Selepas beberapa bulan guna cream ini Mela dapati keadaan kulit sensitif semakin baik dan radang itu semakin berkurang. Tapi rasa macam pakai cream sapu sahaja ia tidak cukup jadi Mela cuba pula produk Shaklee yang lain untuk kulit dan Mela mula ambil ESP(Energizing Soy Protein) dan vitamin C Shaklee. 

Waktu ini kebetulan ESP ada promosi jadi husband Mela cadangkan untuk terus daftar ahli supaya dapat menikati vitamin dengan harga yang lebih murah. Yuran daftar ahli waktu itu RM69 ringgit dan husband Mela yang bagi modal untuk daftar. Selepas daftar Mela mula kongsikan kesan kebaikan vitamin Shaklee dengan orang sekeliling yang Mela kenal iaitu saudara terdekat Mela. 

Dari sinilah Mela mula kembali berbusiness online dan Mela semakin hari semakin jatuh cinta dengan business Shaklee ini atasi sebab-sebab berikut. 


Antara Sebab Utama Kenapa Mela Jatuh Cinta Dengan Business Online Shaklee. 

1. Produk Selamat, Terbukti dan Berkesan.

Shaklee mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk. 
  • Ketulinan dan keselamatan terjamin. 350 ujan keatas setiap bahan botani baru untuk pencemaran yang berbahaya, racun perosak dan sisa lain. 
  • Kualiti dan kemujaraban terjamin! 100,00+ jumlah ujian kawalan kualiti setiap tahun yang dilakukan oleh Shaklee. 
  • Organik. 300+ atau 3× lebih ujian terhadap racun perosak dari yang diperlukan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat. 

Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik, dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.
healthresource shaklee

Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan. Shaklee memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkasawan NASA. Dan ia dibuktikan oleh orang seperti anda dan saya.

Keberkesanan Shaklee. 

2. Business Kukuh.

Dr.Forrest C Shaklee mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat yang sudah lebih 100 tahun dipasaran. Sehingga kini vitamin Shaklee semakin terkenal dan permintaan orang ramai terhadap vitamin semakin meningkat. Ini kerana orang ramai sudah mula sedar akan kepentingan pengambilan vitamin atau makanan tambahan untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik. 

Walaupun ada pelbagai vitamin yang kita jumpa dipasaran tapi orang tetap memilih Shaklee kerana produknya terbukti berkesan dan paling best beyond organic. 

Lebih 60 tahun dan Shaklee sangat terkenal di seluruh dunia. 

3.Menawarkan income tanpa had (unlimited) kepada semua pengedar Shaklee. 

Semua pengedar Shaklee boleh menjana income tanpa had berdasarkan jumlah jualan sendiri.

Potensi pendapatan bulanan yang kita boleh capai berdasarkan rank atau level kita dengan Shaklee. Macam Mela, sekarang Mela rank Senior Coordinator dan pegang bonus 5 angka iaitu antara RM12,500 ringgit atau lebih. 

Dalam Shaklee kita buat lebih makan kita dapat lebih. Jadi jangan limitkan kebolehan anda. Buat buasiness kena buat betul-betul. Kalau Mela boleh, Mela yakin kamu pun boleh. 

4. Shaklee menawarkan sistem business online yang adil. 
Dalam Shaklee tiada istilah orang atas boleh goyang kaki dan ambil bonus dari downline. Di Shaklee kalau mahu bonus besar kita kena berusaha lebih supaya bonus kita pun besar. 
Oyoi ini downline LB2 dalam team Mela. Maksudnya dia daftar under downline Mela. Rank dia dalam Shaklee tinggi 1 level dari Mela walaupun dia dibawah Mela. Dengan rank sebagai Key Coordinator Oyoi punya bonus pun lebih besar dari bonus Mela. Tahun ini kes Covid masih tinggi dan Shaklee bayar international trip sebanyak RM12,150 ringgit satu tiket. 


Tahun 2022. Sekali lagi Oyoi dapat trip melancong international pergi Switzerland sedangkan Mela cuma dapat trip melancong ragional pigi Korea. Ini membuktikan kalau anda mahu pecut cepat dan dapat lebih di Shaklee kena buat betul-betul sebab apa yang upline kamu capai sekarang kamu pun boleh capai bersama. Asalkan anda mahu pasti boleh dapat. 

Tahun 2022 adalah tahun kedua Mela layak trip melancong Shaklee pergi Korea tapi sebab kes covid masih tinggi dan kami cuma dibayar cash sebanyak RM3850 satu tiket. 

5.Sistem business online yang sangat mudah dan fleksible. 
Untuk wanita yang super sibuk macam Mela tapi mahu ada income sampingan. Anda boleh gunakan web yang Shaklee sediakan untuk urus semua order customer tanpa perlu keluar pergi pos. 

Dalam web ini kita juga boleh belajar tentang latar belakang Shaklee, tentang kajian-kajian yang Shaklee jalankan, tentang produk guide, testimoni produk, check bonus harian dan banyak lagi. Nanti kamu sudah daftar boleh tengok semua ya. 

Ini Web yang Shaklee sediakan. Semua member boleh login ikut masa free anda.

Tapi kalau anda seorang yang suka bershopping depan kaunter. Shaklee juga ada menyediakan branch di setiap negeri tau. Kalau pergi branch sebenarnya lagi best sebab boleh cuba produk-produk yang Shaklee sediakan sebagai tester. 

Depan ini tester skincare yang Shaklee benarkan kita guna. Guna saja ikut suka kita. Shaklee tidak akan larang. Nama pun tester. 

Paling best lagi kalau pergi branch. Kamu boleh ambil gambar lawa dengan hiasan-hiasan lawa yang Shaklee sediakan. 

6.Shaklee menyediakan training dan kelas nutrisi percuma. 
Sejujurnya sebelum Mela daftar member Shaklee Mela betul-betul tiada ilmu baik pasal nutrisi dan business. Syukur selepas ikut beberapa tips business yang leaders Shaklee kongsi Mela mula nampak peluang depan mata. Peluang yang bukan untuk diabaikan tapi peluang yang mesti diambil sebelum orang lain ambil. 

Begitu juga dengan nutrisi. Ia sangat penting untuk kita belajar sebab nutrisi ini kita bertanggungjawab besar bantu orang lain dapatkan kesihatan yang lebih baik. Kalau kita tiada pengetahuan yang cukup maka macam mana kita mahu bantu orang lain atau customer kita. 

Tapi semua ini menjadi lebih mudah sebab semua sudah Shaklee sediakan. 

Kelas business oleh masters hebat upline Mela sendiri. Dalam gambar ini ada upline master Mela dan ada sideline tapi mereka tetap kongsikan tips business untuk semua rakan business. Sangat best. 

Kelas nutrisi yang disediakan khas oleh pakar nutrisi Shaklee Malaysia. Dalam kelas ini tidak kisah anda di rank apa pun. Anda tetapi dilayan macam VVIP dan boleh saja bertanya sekiranya ada yang anda tidak faham pasal produk. 

Maksudnya kalau anda betul-betul berminat dalam Bisnes Online tapi belum jumpa business yang berkenaan dihati. Mungkin business shaklee ini boleh jadi pilihan utama anda. 

Harapan Mela, kalau anda memang minat business pilihlah business yang betul-betul boleh bertahan dalam jangka masa yang lama dan tetap menjadi keutamaan atau keperluan orang ramai. 

Kunci dunia business ialah cari business yang orang ramai akan cari sampai bila-bila. Malah pastikan business yang kita buat adalah menjadi keutamaan anda dan orang lain. 

Bagi Mela, semua business boleh tapi Mela pilih Shaklee sebab Mela sedar semua orang mahu kesihatan yang lebih baik walaupun usia semakin meningkat. 

Mahu join business dengan Mela klik sini daftar member Shaklee.

Atau aklau anda mahu baca lebih banyak info boleh klik sini Bisnes Online


Your trusted SID Since 2016. 
Mela onngok
Senior Coordinator Shaklee. 
HP: 0145574171

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog