7 Tips Kurus Dengan Cepat

Memiliki tubuh kurus memang diidamkan semua orang terutama golongan wanita. Sehinggalah ada sesetengah orang yang terdesak sangat mahu kurus sampai sanggup buat pembedahan. 
Tubuh idaman para wanita. 

Pernahkah anda dengar Bariatric surgery?
Ini gambar proses pembedahan buang dan potong lemak. Cara kurus cepat tapi menyakitkan. 

Pembedahan bariatrik adalah pembedahan yang membantu seseorang menurunkan berat badan dengan membuat perubahan kepada sistem pencernaan sama ada dengan mengecilkan perut ataupun memotong sebahagian daripada usus kecil.
Contoh gambar.

Waktu Mela masih bekerja, Mela ada dua orang rakan kerja yang buat pembedahan ini. Hasilnya seorang berjaya dan seorang lagi tidak berjaya kerana walaupun perut sudah dikecilkan tapi selepas beberapa bulan kalau kita sendiri tidak kawal dan ubah gaya hidup maka berat badan kita akan kembali seperti sebelumnya. 

Kawan Mela yang berjaya kurus itu sangat berdisiplin dalam menjaga pemakanan dan minuman. Selain itu dia juga melakukan senaman setiap hari atau setiap hujung minggu. 

Manakala kawan Mela yang kembali lagi obesiti selepas setahun melakukan pembedahan. Disebabkan beliau tidak menjaga makan minum dan beliau tidak suka bersenam. Sedangkan hobi beliau adalah makan. Selain itu Mela perasan beliau tidak minum air kosong. Minuman beliau setiap hari adalah minuman 3 in 1. Minuman beliau adalah semua yang mengandungi kandungan gula sangat tinggi. 

Jai siapa mahu kurus dengan cara semulajadi dan tidak menyakitkan. Mari baca tips yang Mela kongsi tau. 


Tips Kurus dengan cepat. 

1. Kurangkan pengambilan Kalori. 
Mengurangkan pengambilan kalori adalah tips menurunkan berat badan yang paling penting dan wajib diketahui oleh mereka yang mahu kurus. 

Sekiranya pengambilan kalori melebihi dari tenaga yang diperlukan maka pembakaran lemak tidak akan terhasil. Jadi ini menyebabkan berat badan anda makin bertambah kerana terdapat pengumpulan lemak dalam badan. 
Contoh  diet yang rendah kalori. 

Cara kurangkan pengambilan kalori.
  • Catat pengambilan kalori.
  • Makan hanya ketika waktu makan. 
  • Elakkan minuman tinggi kalori 
  • Banyakkan makan sayur
  • Pilih protein tanpa lemak. 
2. Lakukan Intermittent Fasting (IF).
Berpuasa adalah kaedah lebih cepat yang boleh membantu anda untuk menguruskan badan. Mengurangkan masa makan anda secara langsung boleh mengurang kalori. 

Dr.Michael Mosley merupakan seseorang yang memperkenalkan diet 5:2 ini dan beliau menyarankan masa puasa 10jam sehari.

Maksudnya jika anda sarapan pada jam8;00 pagi. Masa makan anda yang seterusnya adalah jam6:00 petang. Bila IF pastikan buat betul-betul jangan pula ganti dengan biskut tau. 

3. Minum air kosong yang cukup. 
Kajian mendapati bahawa dengan pengambilan air yang cukup ia bantu meningkatkan metabolisma badan sebanyak 20-30% dalam jangka masa 1- 1.5 jam. Apabila metabolisma meningkat ia membantu bakar lemak lebih cepat dalam badan. 

Selain itu ada lagi kajian menunjukkan pengambilan setengah liter air sebelum makan ia bantu mengurungkan nafsu makan dan sekali gus membantu kita menurunkan berat badan sebanyak 40%. 
Minum air kosong dan bukan air manis tau. 

4.Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein tanpa lemak.
Contoh diet rendah karbohidrat dan tinggi protein. 

Pengambilan protein yang tinggi dalam pemakanan harian kita sangat membantu mempercepatkan penurunan berat badan tapi pastikan juga pilih protein yang terbaik. Contoh protein yang sesuai diambil ialah telur dan protein tanpa lemak seperti ikan. 

Selain itu ada lagi minuman protein terbaik yang Mela sangat galakkan untuk anda cuba dan ambil iaitu protein non-GMO yang Shaklee sediakan. 

Manfaat Cinch. 

Testimoni berjaya kurus dengan cinch. 

Testimoni berjaya kurus dengan Cinch. 

5.Kurangkan pengambilan makanan ringan. 
Mela pernah ada seorang rakan yang dia suka skip masa makan pagi, tengahari dan malam. Kadang sehari Mela tidak nampak dia duduk makan tapi berat badan dia susah turun. Macam mana tidak susah turun kalau kawan Mela skip masa makan tapi dia berdamping dengan makanan ringan setiap masa. Hampir setiap beberapa minit mulut dia mengunyah makanan bisukt dan chocolate. 

Maksudnya kalau anda betul-betul mahu kurus cepat kena kurangkan atau tinggalkan segala makanan ringan yang diproses seperti snek, fast food dan makanan dalam tin. 
Contoj fast food yang anda perlu tinggalkan kalau betul-betul mahu kurus. 

6. Melakukan senaman. 
Melakukan setiap hari adala lebih baik dan penurunan berat badan lebih cepat. 

Bersenam adalah cara lebih cepat untuk bantu anda menurunkan berat badan dengan sihat. Tapi pastikan anda kena letakka. target untuk diri sendiri supaya anda lebih bersemangat dan konsisten untuk melakukannya. 

Kesan baik bila anda melakukan senaman yang konsisten;
  • Berat badan turun lebih cepat. 
  • Bantu membuat hari anda lebih gembira.
  • Mengurangkan risiko penyakit kencing manis.
  • Membantu meningkatkan kesihatan jantung. 
  • Bantu menguatkan otot dan tulang.
  • Bantu tidur yang lebih baik. 
  • Mengurangkan kesakitan kronik.
  • Bantu badan lebih bertenaga dan aktif. 


Kesimpukannya.
Untuk dapatkan berat badan yang seimbang ia bukanlah sesuatu yang susah. Tapi kita sendiri yang kena ada kesedaran untuk kurus. Selagi kita tiada kesedaran maka untuk menguruskan berat badan itu adalah sangat susah. Tapi bila anda berkeinginan yang tinggi maka ia akan menjadi sangat mudah. 

Mela sudah kongsikan tips penting kurus dengan cepat semoga anda berjaya kurus. 

Oya ya. Kalau anda mahu set kurus dati Shaklee boleh juga dapatkan dari Mela ya. Klik Sini Order

Kalau anda mahu baca info lebih banyak tentang kurus boleh juga lawat info dari rakan Mela, klik jom Kurus Dengan Cepat


Your trusted SID since 2016. 
Mela Onngok
Senior Coordinator Shaklee. 
HP: 0145574171

#JutawanBlogger
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023









Comments

  1. Kesian kawan yang tak dapat ubah lifestyle selepas bariatric surgery tu. Betul tu, kena ubah lifestyle hatta jalan shortcut atau panjang utk kurus secara sihat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog